PASTI raih anugerah prasekolah terbaik dunia di Bangkok June 1, 2026 KUALA TERENGGANU: Jabatan PASTI Negeri Terengganu mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan antarabangsa menerusi anugerah Best Preschool of the Year pada World School Summit 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand. Pengiktirafan tersebut dilihat sebagai kejayaan besar dalam usaha memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak berteraskan Islam yang dilaksanakan oleh PASTI di negeri ini. Menurut kenyataan Jabatan PASTI Negeri Terengganu, anugerah berprestij itu bukan hanya milik individu tertentu, sebaliknya hasil usaha kolektif seluruh warga PASTI yang komited dalam mendidik generasi muda. “Anugerah ini milik setiap guru yang ikhlas mendidik, setiap pengurus yang berkorban masa dan tenaga, setiap ibu bapa yang meletakkan kepercayaan, serta setiap anak-anak PASTI yang menjadi inspirasi perjuangan kami. “Sesungguhnya, apabila usaha disandarkan kepada Allah, tiada yang mustahil,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Jabatan PASTI Negeri Terengganu turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan doa sehingga membolehkan institusi pendidikan tersebut mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa. PASTI selama ini dikenali sebagai institusi pendidikan awal kanak-kanak yang menitikberatkan keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan pembentukan sahsiah Islam, termasuk usaha melahirkan generasi yang celik al-Quran. Penganugerahan tersebut sekali gus mengangkat nama Terengganu dan Malaysia dalam bidang pendidikan prasekolah Islam di peringkat global. – HARAKAHDAILY 1/6/2026 share & sebarkan: #Like #Share #Comment #WardahMedia #WardahMedia4u #BestPreSchool #BestPreSchoolNearMe #PASTI #PASTITerbaik #PASTIPilihanKami #PASTIPilihanRalyatMalaysia #PASTITerengganu #PASTIMalaysia (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/22gwehmc WARDAHMEDIA4UWed Jun 03 2026
Post a Comment
0 Comments