"Saya Maafkan Guru Itu" – Bapa Nur Fatimatul Hawa Seorang bapa memilih untuk memaafkan dalam saat paling sukar dalam hidupnya. “Sebagai bapa, saya memaafkan guru berkenaan. Selebihnya saya serahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” kata Mohd Azaudin Abdullah, 43. Beliau adalah bapa kepada Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, pelajar Tingkatan Satu yang maut selepas dipercayai dirempuh kenderaan dipandu seorang guru wanita di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, tengah hari semalam. Menurut Mohd Azaudin, beliau reda dengan ketentuan Ilahi dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. “Masa saya sampai di lokasi dan lihat jasad anak saya terbujur kaku, saya hanya tanya siapa yang melanggar. Guru itu sendiri mengaku. “Saya tak marah, tak kata apa-apa… saya hanya diam,” luahnya. #Like #Share #Comment #WardahMedia #WardahMedia4u (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/2bc9cbza WARDAHMEDIA4UMon Apr 13 2026
Post a Comment
0 Comments