Di Sana, Kita Sama. Yang membezakan hanya amalan.. Setiap yang bernyawa pasti akan melalui lorong yang sama. sunyi, sempit, dan gelapnya hanya diterangi dengan apa yang kita bawa dari dunia(amalan). Apabila jasad kembali ke tanah, tiada lagi nilai pada rupa, nama, atau harga. Yang tinggal hanyalah amal, niat, dan secebis ketenangan yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya. Dunia tidak salah untuk dihargai, tetapi ia tidak diciptakan untuk dimiliki sepenuhnya. Ia sekadar tempat singgah, tempat kita belajar melepaskan. Karya ini bukan untuk menilai sesiapa, bukan untuk menghukum pilihan atau keadaan. Ia hanyalah peringatan buat diri sendiri agar hati tidak terlalu berat dengan apa yang fana, dan lebih ringan ketika melangkah pulang. Semoga Allah lembutkan hati kita, terima amal yang kecil, ampunkan kekhilafan yang banyak, dan kurniakan kita pengakhiran yang tenang. Kerana di sana nanti, yang berbicara bukan lagi harta, tetapi rahmat-Nya. 🤍 (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/25jyxllw WARDAHMEDIA4UThu Jan 08 2026
Post a Comment
0 Comments