Bahaya virus di zaman over-sharing. Tak sedar kita pun sering dijangkiti virus ni. Quran ada penawarnya. 𝗛𝗔𝗦𝗔𝗗 𝗗𝗜 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗦𝗢𝗦𝗜𝗔𝗟: 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗣𝗦𝗜𝗞𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗥𝗢𝗦𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗧𝗜 Dalam ekosistem moden yang over-sharing dan mementingkan pencapaian luaran, kita sering terperangkap dalam "perbandingan sosial" yang tidak berkesudahan. Melihat hantaran rakan menerima anugerah atau rakan lain bermain salji di Jepun kadangkala mencetuskan satu rasa tidak selesa jauh di lubuk hati; satu virus hati bernama "hasad". 𝗔𝘂𝗱𝗶𝘁 𝗛𝗮𝘁𝗶: 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗹𝗶 "𝗥𝗲𝗱 𝗙𝗹𝗮𝗴𝘀" 𝗛𝗮𝘀𝗮𝗱 Menurut Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, hasad adalah satu penyakit hati. Ia ibarat "bantahan" terhadap rezeki yang Allah kurniakan kepada orang lain. Sebelum kita mampu merawatnya, kita perlu jujur mengenali simptomnya: ✦ 𝗦𝗰𝗵𝗮𝗱𝗲𝗻𝗳𝗿𝗲𝘂𝗱𝗲 (𝗦𝘆𝗮𝗺𝗮𝗮𝘁𝗮𝗵): Muncul rasa senang atau puas apabila pesaing atau rakan kita mengalami kegagalan atau musibah. ✦ 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗰𝘁𝗶𝘃𝗲 𝗦𝗶𝗹𝗲𝗻𝗰𝗲: Sengaja mendiamkan kejayaan orang lain atau menahan pujian untuk mengelakkan mereka mendapat kebahagian pengiktirafan. ✦ 𝗧𝗵𝗲 "𝗧𝗶𝗴𝗵𝘁-𝗖𝗵𝗲𝘀𝘁" 𝗦𝘆𝗻𝗱𝗿𝗼𝗺𝗲: Merasa sesak atau defensif secara emosi apabila nikmat orang lain disebut, seolah-olah kebahagiaan mereka mengurangkan nilai diri kita. ✦ 𝗖𝗿𝗮𝗯 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹𝗶𝘁𝘆 (𝗠𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗞𝗲𝘁𝗮𝗺): Seumpama ketam dalam bakul, muncul keinginan untuk "menarik jatuh" rakan yang mula menonjol melalui sabotaj halus atau kritikan yang tidak membina. Contohnya memberi rating 1 bintang kepada Rembayung yang belum pun dibuka. ✦ 𝗠𝗮𝗹𝗶𝗰𝗶𝗼𝘂𝘀 𝗚𝗮𝘁𝗲𝗸𝗲𝗲𝗽𝗶𝗻𝗴: Bertindak menghalang akses kepada maklumat, peluang, atau pujian yang sepatutnya diterima oleh orang lain semata-mata kerana rasa terancam (insecurity). Contohnya rakan sepasukan meminta contoh kertas kerja atau senarai nama yang kita memang ada, tapi kita tidak kongsi untuk elakkan dia nampak efisyen dan berkaliber. 𝗚𝗵𝗶𝗯𝘁𝗮𝗵: 𝗦𝗮𝗹𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗜𝗿𝗶 𝗛𝗮𝘁𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗠𝘂𝗹𝗶𝗮 Islam tidak menghukum perasaan mahukan kecemerlangan. Rasulullah SAW melalui hadis sahih (HR Bukhari & Muslim) memberikan "lampu hijau" untuk kita iri hati dalam dua perkara iaitu terhadap mereka yang dermawan dengan harta dan mereka yang alim dengan ilmu. Inilah Ghibtah iaitu keinginan untuk menjadi sehebat orang lain dalam amal tanpa mengharapkan nikmat orang itu hilang. Ia menukarkan kecemburuan kepada aspirasi. 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶 𝗠𝗲𝗿𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗛𝗮𝘁𝗶: 𝗔𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹 𝟭. 𝗗𝗼𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 : Setiap kali melihat nikmat orang lain, ucapkan "Barakallahu fiik @ lak" (Semoga Allah memberkatimu). Secara psikologi, mendoakan orang lain akan memadamkan api hasad dalam diri kita sendiri. Ia usaha kita menggunakan lisan untuk memaksa hati untuk tunduk. Ini juga serampang dua mata; apabila kita mendoakan orang tanpa pengetahuan mereka, para malaikat akan mengaminkan doa tersebut dan mendoakan perkara yang sama kembali kepada kita. 𝟮. 𝗣𝗲𝗿𝗶𝘀𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗔𝘆𝗮𝘁 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 : Apabila muncul rasa tidak senang terhadap kejayaan rakan, jangan biarkan ia berlama-lama bersarang. Segera balut hati dengan ayat doa di poster (QS 59 : 10) ﴿وَلَا تَجۡعَلۡ فِي قُلُوبِنَا غِلّٗا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا﴾ "… 𝘥𝘢𝘯 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘌𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘫𝘢𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘩𝘢𝘵𝘪 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘩𝘢𝘴𝘢𝘥 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘬𝘪 𝘵𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥𝘢𝘱 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢𝘯." Ayat ini bukan sekadar bacaan, tetapi perisai jiwa. Ia menenangkan gelora emosi, menyusun semula niat, dan mengingatkan bahawa kejayaan orang lain tidak pernah mengurangkan rezeki kita. 𝟯. 𝗗𝗲𝘁𝗼𝗸𝘀 𝗗𝗶𝗴𝗶𝘁𝗮𝗹: Apabila pendedahan berlebihan kepada kehidupan orang lain menimbulkan rasa sempit dan tidak tenteram, menjauh seketika itu bukan lari, tetapi bijak. Islam mendidik kita untuk menjaga pintu hati melalui kawalan pandangan (ghadd al-basar), kerana apa yang sering dilihat akan membentuk apa yang sering dirasa. Rasulullah SAW sendiri memilih kesederhanaan dan menjauhkan diri daripada perkara yang mengeruhkan jiwa, walaupun ia harus. Dengan mengurangkan "scrolling" yang sia-sia, kita sedang memberi ruang kepada hati untuk kembali fokus pada tazkiyatun nafs (memperbaiki diri, niat, dan amal) bukan membandingkan takdir kita dengan takdir orang lain. Bukan semua yang halal itu menyihatkan hati. Dan tidak semua yang ditinggalkan itu kerugian. 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻: Hasad walaupun sangat mudah tercetus, kesannya besar kepada keberkatan hidup dan kualiti iman; ia bukan sahaja menghanguskan pahala seumpama api memakan kayu bakar, malah ia menggelapkan nur (cahaya) hati sehingga kita terhijab daripada mensyukuri nikmat Allah yang sedang berada di tangan sendiri. Mudah-mudahan, dengan istiqamah mengamalkan doa Surah Al-Hashr ini, Allah SWT mengurniakan kita salimatun sadr (hati yang sejahtera dan lapang) sebagai bekalan paling berharga untuk menghadap-Nya kelak. #SemarakSemenyih #Rejab1447H(Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/22mx32qc WARDAHMEDIA4UThu Jan 08 2026