Nabi pun ambil gaji! Ayah Chik pernah kongsi dalam kuliahnya, Allah peruntukkan satu perlima (20%) dari harta rampasan perang untuk diuruskan oleh Rasulullah ﷺ. Cuma jangan salah faham, bukan bermaksud Nabi mengambil semuanya untuk diri Baginda. Dari peruntukan itu Baginda mengurus pelbagai keperluan: •Ada untuk nafkah Baginda dan ahli keluarga Baginda yang tak menerima zakat. •Ada untuk kebajikan rakyat, anak yatim, orang miskin, musafir dan urusan umat Islam. Maksudnya Rasulullah ﷺ sebagai ketua negara mempunyai peruntukan yang ditetapkan oleh Allah, Baginda menguruskannya dengan penuh amanah. Lalu Ayah Chik berseloroh sambil tersenyum, “Hari ini ada orang jadi Perdana Menteri dia tak ambil gaji, hebat dia dari Nabi.” Jemaah pun ketawa kecil. Ayah Chik sambung lagi, “Nabi pun ada peruntukan, ada gaji. Nabi pun mengambil apa yang Allah halalkan untuk Baginda. Jangan sampai kita rasa lebih warak dari Nabi.” Islam tak ajar bahawa pemimpin mesti hidup tanpa imbuhan, yang Islam ajar ialah amanah. Tak salah menerima gaji, yang salah ialah menerima gaji kemudian mengkhianati amanah. Jawatan akan berakhir, tepukan akan berhenti, hidup akan bertemu mati. Yang tinggal hanyalah catatan, adakah kita berlaku adil atau kita memilih untuk mengkhianati? Tak perlu jadi lebih zuhud dari Nabi, cukuplah belajar menjadi seamanah Nabi. Alif Mahari Jawatan sementara hisab selamanya #Like #Share #Comment #TGHH #Nabi #NabiMuhammad #Rasulullah #WardahMedia ##WardahMedia4u (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/24wl76zj WARDAHMEDIA4UFri Jun 12 2026
Post a Comment
0 Comments