Sejarah kita sebenarnya penuh dengan pengkhianatan dan perpecahan. Kalau tuan-tuan pernah dengar kisah Mat Kilau, itu antara contoh yang mudah. Tuan-tuan juga boleh lihat kisah Tuan Haji Abdul Rahman Limbong. Atau kisah Perang Musuh Berbisik. Dalam sejarah wilayah kita, pengkhianatan sering berlaku dalam kalangan bangsa sendiri. Kalau tuan-tuan dengar ucapan Tuan Guru Haji Hadi, tolak dahulu soal politik. Beliau pernah menyebut bahawa Israel dan Amerika Syarikat sentiasa memantau wilayah Islam yang besar. Indonesia antara wilayah yang berada dalam perhatian mereka. Wilayah ini tidak mahu mereka lihat berkembang dengan aman dan kuat. Kenapa? Kerana Indonesia adalah salah satu wilayah Islam terbesar di dunia. Jika wilayah ini maju dan kuat, ia mampu membangunkan komuniti Islam yang sangat besar selepas dunia Arab. Sebab itu salah satu perkara yang mesti kita faham ialah perpecahan antara kita dan Indonesia, atau perbalahan sesama bangsa Melayu dan bangsa Nusantara, boleh menjadi sebahagian daripada agenda untuk melemahkan kekuatan Islam di rantau ini. Ruang Islam yang paling besar selepas dunia Arab sebenarnya berada di Nusantara Melayu. Apabila kita bercakap tentang kebencian, kita mesti berhati-hati. Kadang-kadang perkara yang kita sebut itu mungkin benar, tetapi hasil akhirnya adalah kebencian. Sedangkan lebih baik kita bercakap tentang perkara yang membawa kepada kebaikan dan perpaduan. Jika tuan-tuan rajin, dengarlah ucapan Tuan Guru Haji Hadi. Ucapan itu bukan tentang undi atau politik kepartian. Beliau hanya berkongsi pengalaman beliau bersama Majlis Ulama Islam dan para ulama dari seluruh dunia. Mereka berbincang tentang agenda besar yang sedang berlaku. Salah satu perkara yang sangat mereka bimbangkan ialah jangan sampai bumi Nusantara ini juga bermandi darah sesama umat Islam. Kerana musuh sentiasa mencari titik rapuh dalam kalangan kita. Jika mereka tahu di mana kelemahan kita, di situlah mereka akan memecahkan kita. Wallahu'alam. -Video Klip ZRA- Sumber TT: officialpemudarusila (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/2xqorvhm WARDAHMEDIA4UWed Mar 11 2026