Sheikh ini menangis apabila menerima sepucuk surat daripada seorang Muslim yang bertanya, "Adakah dibenarkan untuk berpuasa sedangkan tiada apa untuk dimakan ketika sahur dan berbuka?" Air matanya bukan kerana soalan itu sukar dijawab, tetapi kerana kesedihan memikirkan keadaan saudara seagama yang terpaksa berpuasa dalam kekurangan yang amat perit. Ada yang berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga kerana ibadah, tetapi kerana benar benar tiada makanan untuk dijamah. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki hari ini. Jika kita masih mampu bersahur walaupun sederhana, jika kita masih mampu berbuka walaupun hanya dengan seteguk air dan sebiji kurma, itu sudah satu nikmat yang besar. Di saat kita memilih menu, ada insan yang hanya mampu berharap. Di saat kita mengeluh tentang lauk yang tidak menepati selera, ada yang bermimpi untuk memiliki sekeping roti. Belajarlah untuk merasa cukup. Kerana di luar sana, ada manusia yang berdoa setiap hari agar dikurniakan apa yang kita anggap biasa. Credit : Threads (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/24amll5x WARDAHMEDIA4UTue Feb 24 2026
Post a Comment
0 Comments