Kepada yang datang berbuka, moreh atau sahur di masjid, tolonglah guna common sense sikit. Ambil makanan ikut kemampuan makan. Kalau rasa boleh habiskan dua, ambil dua. Kalau sekeping pun dah cukup, ambil sekeping dulu. Jangan penuhkan pinggan, lepas tu separuh masuk tong sampah. Bayangkan ada jemaah lain yang datang lewat, harap-harap ada rezeki lebih. Tapi bila makanan dah habis sebab ada yang ambil berlebihan, mereka cuma dapat minum air sahaja. Tak rasa kesian ke? Semalam siap ada 2–3 set roti canai dibuang. Membazir betul. Makanan tu bukan datang bergolek, ada orang yang infaq, ada yang penat masak dan sediakan. Datang masjid nak cari pahala, jangan sampai dapat dosa sebab membazir. Ambil sekadar perlu, tambah kalau masih lapar. Itu lebih beradab dan lebih berkat. 📸: khairuljazam #WardahMedia (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/2y55mjla WARDAHMEDIA4USat Feb 21 2026
Post a Comment
0 Comments