KEMENANGAN TERBESAR JAMAAT-E-ISLAMI BANGLADESH DALAM SEJARAH: IANYA PEMBUKA JALAN!. Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor. Sebulan ini kita menyaksikan bervariasi drama politik di Bangladesh, negara agrarian yang juga bertindak sebagai pembekal tenaga buruh utama dunia. Dengan melebihi 160 juta lebih penduduk, majoriti dibawah tahap garis kemiskinan . Bangladesh adalah negara yang terpisah dengan Pakistan diawal dekad 70an , pada tahun 1979 Jamaat -E- Islami Bangladesh ditubuhkan daripada sayap Jamaat Islami Pakistan Timur. Jamaat Islami atau Jamiat Islam bukanlah jenama baru parti politik Islam di sub continent. Dalam tahun 1941 Maulana Maududi menubuhkan gerakan Islam ini untuk menegakkan kembali kekuatan politik Islam, mengembalikan semula kefahaman Islam yang syumul kepada Umat Islam yang mengalami fasa penjajahan yang panjang. Jenama Jamaat - E- Islami dipakai dilima buah negara sub continent ,dengan yang paling bongsu ialah di Afghanistan. Parti Islam dengan latarbelakang warna hijau ini bergerak dengan dokongan massa dan puluhan tahun mengalami penindasan regim sekular pragmatis Bangladesh. Dalam belantara politik Bangladesh , Jamaat Islami pernah diharamkan, disita aset, diganggu seluruh jaringan sivilnya, dipenjara pimpinan bahkan ramai juga pimpinan yang mati dibunuh . Dizaman Mujibur Rahman, gerakan ini pernah diharamkan bergerak atas alasan menentang kemerdekaan, nasib parti Islam ini juga sangat buruk dizaman Sheikh Hasina menjadi pemimpin negara itu. Gerakan ini berjaya dipulihkan dizaman kerajaan sementara pasca bantahan pelajar, Julai 2024. Obligasi moralnya kuat maka kerana keteguhan dasar perjuangan, bersifat gerakan tajnid ( kaderisasi dakwah), merakyat dengan pelbagai program masyarakat maka Jamaat Islami berjaya merengkuh sokongan rakyat. Kehangatan luarbiasa pilihanraya di Bangladesh sebulan ini mempunyai kaitan dengan bantahan awam tahun lepas yang menyebabkan tumbangnya regim serta pemimpin utama negara itu berlindung di India. Ramai pengkaji politik meramalkan Jamaat Islami akan berjaya mengambil alih kekuasaan sebagaimana Ikhwanul Muslimin melalui FJP berjaya memenangi pilihanraya pasca revolusi aman di Mesir 2011 dahulu. Menarik juga dalam episod gerakan Islam antarabangsa, lima bulan lepas Amir Jamaat Islami Bangladesh, Dr Shafiqur Rahman telah datang ke negara ini, mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden PAS. Sosok penting negara Bangladesh ini mengucapkan penghargaan terhadap Tuan Guru Haji Abdul Hadi diatas sokongan , dokongan PAS terhadap Jamaat Islami. Dalam pertemuan rasmi itu, Amir Jamaat meminta cadangan serta panduan untuk menghadapi pilihanraya umum di Bangladesh . PAS adalah abang dalam gerakan Islam antarabangsa dengan sebanjaran pengalaman bertempur digelanggang demokrasi serta melalui era tamkin ( pentadbiran) . Menarik juga apabila PRU Bangladesh yang berlangsung beberapa hari lepas telah menyaksikan Jamaat-e-Islami Bangladesh telah meningkatkan kerusinya sebanyak 400% di Parlimen Bangladesh iaitu memenangi sebanyak 77 kerusi. Pengkaji politik tempatan menempelak manipulasi pilihanraya, tekanan yang melampau kepada jentera pilihanraya Jamaat. Jamaat disasarkan akan mendapat lebih separuh kerusi parlimen ( 150 keatas ) kerusi jika pilihanraya bersih berlangsung . Demonstrasi saban hari berlaku,bahkan terjadinya kematian dalam huru hara terancang untuk melemahkan reputasi gerakan Islam terkuat di negara agrarian itu. Beberapa faktor lonjakan kemenangan Jamaat Islami di negara yang menempatkan jutaan pengungsi muslim Rohingya dari Mynmar, juga tapak acara tahunan jemaah Tabligh sedunia ( ijtimak Tonggi). Pengalaman tujuh ke lapan kali penulis di negara itu untuk misi bantuan kemanusiaan sejak 2010. Jamaat Islami Bangladesh kurangnya berlaku perpecahan sebagaimana Jamaat Islami di Pakistan . Jika di Pakistan, kelompok Deobandis ( agamawan melalui sistem madrasah) akan bersama gerakan Jamiatul Ulama yang juga mempunyai pengaruh yang dominan kepada santri. Di Bangladesh dalam pilihanraya terbaru, gagasan madrasah secara terbuka membawa " lambang dacing" iaitu poster pilihanraya Jamaat Islami. Cuma kali ini peralihan undi yang diunjurkan kepada calon Jamaat tidak sepenuhnya berlaku. Majoriti anak muda yang menjadi aktor utama kebangkitan jalanan pada Julai 2024memberikan undi kepada BNP ,begitu juga golongan wanita negara itu. Naratif Barat,termasuk diplomat Amerika yang beranggapan Jamaat Islami akan melaksanakan perundangan Islam serta menjayakan cita cita Syariah sebagai sebuah kumpulan fundamentalis Islam. Menarik juga apabila pemimpin ekstremis Hindu India BJP Perdana Menteri India, iaitu Navendra Modi dilaporkan merasa lega dengan kekalahan Jamaat Islami dengan membuat kenyataan di X. Perkembangan ini jelas tak berselindung bahawa jiran Bangladesh yang dikawal oleh BJP iaitu India tidak seronok dengan kemaraan aktivis Islam . Cahaya kebangkitan gerakan Islam dan kemenangan Jamaat di Bangladesh sudah mula menggegarkan rantau Sub continent. 12 Februari lalu, akan diingati sebagai tarikh kebangkitan Jamaat Islami, walaupun disebut sebut pencapaian terbaik semenjak kemerdekaan negara itu namun proses pengiraan pengundian yang telus masih lagi diragui . Secara keseluruhannya, perikatan BNP ( Parti Nasionalis Bangladesh) memenangi 212 kerusi dan Jamaat memenangi 77 kerusi, selebih calon calon parti bebas. Amir Jamaat Islami menegaskan untuk menghormati keputusan, berkhidmat sebagai pembangkang yang menyumbang secara konstruktif kepada kemajuan Bangladesh. Semoga harakatul ummah itu istoqomah dalam menegakkan Aqidah perjuangan serta bernuansa mendaulatkan Syariah Islam. #Like #Share #Comment #PejuangIslam #WardahMedia (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/22tzadwr WARDAHMEDIA4UWed Feb 18 2026