Almarhum TG Nik Abdul Aziz berbaring di atas rusuk kanan selepas solat sunat Subuh. Kebanyakkan imam2 skrng dh lupa amalan2 sunnah.. sunnah yg dilupakan Hadith Abu Hurairah yang berkata: Sabda Rasulullah saw: "Apabila seseorang kamu mengerjakan dua rakaat solat sunat Fajar, maka hendaklah berbaring di atas rusuk kanan." Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi dengan isnad yang sohih mengikut syarat Bukhari dan Muslim. *** Selepas Masuk Azan Subuh 1. Solat Sunat Subuh 2. Baring atas rusuk kanan 3. Solat Fardhu Subuh. *** Semasa baring atas rusuk kanan ada banyak bacaan dan amalan drpd ulama'. Seperti amalan Sayyid Ahmad ibn Idris ini: *Selawat Nisyani* اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَامُحَمَّدٍالنُّوْرِ الْمُذْهِبِ لِلنِّسْيَانِ بِنُوْرِهِ, وَعَلَى آلِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَاوَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ "Ya Allah! Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan serta keberkatan ke atas penghulu kami, Muhammad; cahaya penghapus kelupaan dengan cahayanya, dan juga ke atas keluarganya pada setiap kelipan mata dan hembusan nafas sebanyak bilangan keluasan ilmu Allah." Amalan Sayyid Ahmad ibn Idris r.a Baca sebanyak 100 kali selepas solat sunat subuh atau pada bila2 masa. Sayyid Ahmad sentiasa melazimi amalan ini ketika berbaring di atas rusuk kanan seketika selepas solat sunat Subuh yang merupakan sunnah Rasulullah saw. *** اَللَّهُمَّ بَارِكْ لِي فِي الْمَوْتِ وَفِيْمَا بَعْدَ الْمَوْتِ (Allahumma baariklii fil mauti wa fii maa ba'dal maut)-40x "Ya Allah berkatilah aku semasa mati dan selepas mati" Amalan Sayyid Ahmad ibn Idris, selepas solat sunat subuh, dibacakannya sebanyak 40x, semasa dalam keadaan baring di atas rusuk kanan. *** Dalil: Nabi SAW bersabda: أَسْفِرُوا بِالفَجْرِ، فَإِنَّهُ أَعْظَمُ لِلأَجْرِ Maksudnya: "Lewatkanlah solat Fajar (Subuh) sehingga keluar cahaya kuning kerana padanya ganjaran yang besar." (Riwayat Abu Daud, al-Nasaie dan al-Tirmizi) (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/23oh2yos WARDAHMEDIA4USat Feb 21 2026
Post a Comment
0 Comments