Semalam tular lagi berita hiba mengenai seorang kanak-kanak yang meninggal dunia akibat tertinggal di dalam kenderaan. Bukan niat ibu tersebut melupakan anaknya dibelakang seat. Sebagai orang awam perkara pertama yang kita perlu buat bukan menuding jari tapi belajar cara untuk latih otak kita supaya perkara ini tidak berlaku kepada kita atau orang tersayang. Realitinya otak manusia ada mod autopilot terutamanya bila kita penat atau stres. Kita rasa kita sudah hantar anak ke pengasuh sebaliknya anak masih dalam kereta dan kaki terus melangkah ke pejabat. Berdasarkan perkongsian bermanfaat daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini adalah cara yang boleh kita lakukan bagi mengelakkan perkara ini berlaku pada kita atau orang terdekat kita : 1. Pecahkan Titik Buta (Blindspot) Ramai suka letak kerusi anak belakang pemandu sebab rasa selamat. Tapi sebenarnya itu adalah titik buta. Pindahkan kerusi anak ke bahagian belakang penumpang hadapan. Biar anak sentiasa dalam ruang pandangan mata kita setiap kali kita menoleh. 2. Cipta Signal Di Tempat Duduk Depan Gunakan objek sebagai peringatan visual. Caranya: Teknik Patung: Letak patung besar di kerusi anak. Bila anak duduk di situ, letak patung itu di seat depan sebelah kita. Beg Susu: Jangan letak beg susu di belakang. Letak di depan. Bila nampak beg itu automatik kita ingat anak ada di belakang. 3. Paksa Diri Buka Pintu Belakang Jadikan ia mustahil untuk anda terus masuk ke pejabat tanpa buka pintu belakang. Letakkan barang yang paling penting di ruang kaki belakang: ▶️ Beg kerja atau kunci pejabat. ▶️ Tag nama atau kad akses. Malah ada yang cadangkan letak sebelah kasut kiri supaya anda terpaksa ambil sebelum melangkah keluar. 4. Bina Jaring Keselamatan Jangan harapkan ingatan kita 100%. Libatkan orang luar: ▶️ Pesan Pengasuh: "Cikgu/Kak kalau jam 9 pagi anak saya tak sampai lagi tolong terus call saya ya." ▶️ Alarm Telefon : Set alarm siap-siap setiap kali rutin berubah (contoh: selalunya suami hantar, tapi hari ini kita yang kena hantar). 5. Tabiat 5 Saat Sebelum Kunci Sebelum tekan punat lock amalkan tabiat final lock. Pandang dalam kabin depan dan belakang. Pastikan kosong baru kunci. Tragedi begini tak pilih mangsa. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Berhenti menghukum ibu bapa yang sedang dalam kedukaan sebaliknya mari kita fokus sebarkan solusi. Kredit : Mohd Azmi Jamaluddin #gspkongsi (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/2aryyf58 WARDAHMEDIA4UWed Jan 28 2026