PASTI dah lahirkan jutaan 'graduan' sejak ditubuhkan pada era 1980-an sampai sekarang. Dalam jutaan alumni ni, walaupun majoritinya kaum Melayu tapi ada juga alumni berbangsa India dan Cina. Terkini, anak cilik berbangsa Cina, "Mohd Soleh" Kangkang yang dihantar oleh ibunya di PASTI Chaah Johor berjaya memanah banyak hati rakyat Malaysia. Walaupun pembelajarannya di PASTI hanya sebagai transit beberapa bulan kerana ikut ibunya outstation, tapi beliau berjaya kuasai Bahasa Kebangsaan dengan baik seawal usia 2 tahun. Kita mengimani firman Allah SWT: يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَـٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ Maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)." (Surah al-Hujurat: 13) Alhamdulillah di PASTI tiada diskriminasi. Hanya perpaduan yang berkiblatkan kesejahteraan masyarakat sejagat. Kredit terbesar dijambakkan kepada ibu bapa Kangkang atas usaha dan perancangan mereka yang jelas untuk besarkan anak tersayang. Bila bangsa lain hantar anak ke PASTI, tujuannya bukan untuk 'melayukan' anak mereka. Kepercayaan kolot ini hanya propaganda yang cuba ditanam pihak tidak bermoral terhadap institusi PASTI. Tetapi kerana ibu bapa mereka percaya PASTI mampu membentuk anak-anak menjadi insan yang cintakan perpaduan tanpa melucutkan identiti dan asal-usul mereka pun. Semestinya admin rasa sangat terpukul dengan tohmahan yang direjamkan kepada ibu bapa Kangkang atas usaha murni mereka. Niat mulia sepasang suami isteri untuk berikan pendidikan kepada anak berusia 2 tahun dijadikan mangsa buli pihak tertentu. Tapi admin kagum dan bangga dengan respon ibu Kangkang yang pilih untuk tengok sudut positif melebihi negatif. Dalam kisah Kangkang dan ibu bapanya ini kita boleh teladani erti iltizam dan dedikasi sepasang ibu bapa yang dambakan kemenjadian putera mereka. Sewajarnya usaha ini diberikan sokongan tak berbelah bahagi. Hentikan spekulasi negatif hanya kerana seseorang itu berbeza corak fikirnya. Admin sarankan para ibu bapa tanpa mengira bangsa untuk hantar anak ke PASTI bagi membentuk jati diri anak bangsa supaya cintakan perpaduan. -Admin Jo- (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/284ptm74 WARDAHMEDIA4USat Jan 31 2026
Post a Comment
0 Comments