Ucapan padu Al Marhum Tuan Guru Harun Taib. Kenangan indah, walau jasadnya sudah tiada. 1• Nasyid vs Al-Quran: Masa di MDQ dulu, kumpulan nasyid Soutul Izzah baru habis buat persembahan di sebuah hotel. Ramai guru puji, ucap tahniah, bangga dengan pencapaian. Tiba giliran Ustaz Harun bangun bercakap dalam perhimpunan, tenang saja suaranya. "Kita tak bangga pelajar kita dapat jemputan nasyid di hotel. Kita bangga bila pelajar kita berjaya kuasai ilmu Quran dengan baik." Terus senyap satu dewan. Pelajar diam, guru pun diam. Ayat pendek, tepat kena ke dada. 2- Badminton guna mulut: Di KUDQI, pelajar tengah main badminton dalam dewan atas rumah beliau, jam 11 malam. Bila main ramai-ramai, ada yang terlebih semangat. Sorak macam final Piala Thomas, mulut lagi laju dari raket. Tiba-tiba Ustaz Harun naik perlahan dari celah tangga. Pakai kain pelekat, baju pagoda putih. Dia sound lembut saja. "Awang, orang main badminton dengan tangan, bukan mulut." Tak sempat angkat raket. Semua lari lintang-pukang. Macam dikejar pontianak. 3• Tuan rumah 'kedekut': Pernah kami ziarah rumahnya lepas beliau balik Umrah. Hidangan atas meja, kurma, kismis, manisan dari Tanah Suci. Siap dengan Air Zamzam. Bila nak balik, dia cakap sambil senyum.. "Mitok maaflah, tuan rumah kedekut. Hidang zamzam je, dok kuca air teh." Kami ketawa serentak. Humor orang berilmu, tak dibuat-buat. 4• Ikan keli lesen ustaz: Belakang bangunan KUDQI ada kolam ikan keli miliknya. Satu hari ustaz baru sampai rumah. Tengok Kacah tengah menyelam dalam kolam. Tak sempat sembunyi. Ustaz tanya, "Mat, wak mende tu?" Kacah jawab pantas, "Bersih kolam ustaz. Banyok ngat lumut." Ustaz balas selamba, "Ho, amikla ikang tu wak makang." Sejak hari tu, ayat itu jadi 'lesen rasmi'. Ikan keli licin satu kolam. Hujah paling kuat, ustaz suruh ambil. 5• Jawapan padu lepas Jumaat: Lepas solat Jumaat, sebelumnya beliau jadi khatib. Seorang jemaah lain aliran politik datang bertanya. "Ustaz, kalau kerajaan ni jahat, zalim, dok ikut Islam, bakpe ustaz ambik gok gaji sebagai YB? Syubhah tu." Ustaz senyum. Kami kat belakang dah tahu, soalan ni cari pasal. Jawapannya ringkas, tepat dan padat.. "Awok baca dok kisah Nabi Musa? Firaun bela dia, bagi makang, bagi minum, bagi pelajarang. Doh nok kata Nabi Musa makang hasil syubhah ke?" Terus senyap, pakcik tu pun balik tanpa bunyi. Begitulah Al-Marhum Tuan Guru Harun Taib. Tak perlu suara tinggi, tak perlu maki. Hujahnya tenang, humornya kena tempat. Ilmunya buat orang berfikir. Orang macam ni bila pergi, dia tinggalkan bekas yang mendalam di jiwa. Alif Mahari Haruman terindah (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/27eoexrd WARDAHMEDIA4UTue Dec 23 2025
Post a Comment
0 Comments