STEREOTYPING WALAUN 1. Saya paling tak faham apabila ada propagandis yang cuba membawa naratif "walaun tidak hormat kematian Allahyarham Bung Mukhtar". 2. Di"tangkap layar" beberapa hantaran dan komen daripada entah siapa - kemudian di"brand"kan sebagai "walaun". 3. Kemudian daripada "walaun", dikaitkan dengan "ahli syurga", "berlagak alim" dan akhirnya terkeluarlah nama PAS. 4. Saya tidak mahu menyebut propagandis sebegini "by name". Namun "counter propaganda" atau "counter framing" sebegini sangat memualkan. 5. Proses "stereotyping walaun" ini sudah menjadi semacam rutin yang tidak boleh dipisahkan. 6. Walhal, PAS secara rasminya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, dan tidak sesekali memburukkan sesiapa. Itu bukan akhlak Islam, dan pemimpin PAS tahu dan beramal tentang itu. 7. Setiausaha Agung PAS mengeluarkan kenyataan takziah secara rasmi. Timbalan Presiden PAS mengucap takziah di FB rasminya. 8. Di Selangor, FB PAS Selangor mengucapkan takziah. Dr Aliakbar batalkan khutbah Jumaatnya untuk menyertai solat jenazah dan berziarah. 9. Itulah akhlak PAS. Dalam berpolitik, PAS tahu redlinenya. 10. Maka percayalah, usaha "stereotype walaun" ini hanya akan memakan diri propagandis. 11. Entah-entah, mereka yang mengupah fake account, menghentam pimpinan sendiri, kemudian menghentam "walaun". 12. Bukan boleh percaya propagandis-propagandis ini semua. Kredit : YUSFARIZAL YUSSOFF (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/28m4wwcl WARDAHMEDIA4USun Dec 07 2025
Post a Comment
0 Comments