Dulu pernah orang bertanyaku, kenapa mesti aku ikut dia? Aku menjawabnya: Kerana aku tak pernah merasa lebih alim dari dia. Kerana aku tak pernah merasa lebih cerdik dari dia. Kerana aku tak pernah merasa lebih tahu dari dia. Kerana aku tak pernah merasa lebih warak dari dia. Kerana aku tak pernah merasa lebih sabar dari dia. Kerana aku tak pernah merasa lebih berpengalaman dari dia. Kerana aku tak pernah merasa lebih tawadduk dari dia. Kerana aku tak pernah merasa lebih hebat dari dia. Jangan katakan aku lebih dari dia, menyamai dia pun tidak sekali-kali. Semoga guru kami ini sentiasa di dalam rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin kami dengan ilmu yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya. Selagi Islam menjadi pedomannya untuk memimpin kami, kami akan bersamanya. (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/2d6r74cu WARDAHMEDIA4USun Dec 14 2025