Dah banyak kali saya tulis pasal ni. Dan saya tetap akan tulis untuk ingatan buat diri dan juga wanita Islam yang lain. InsyaAllah ♥️. Tak semua perempuan sesuai pakai tudung labuh berjahit tengah. Tetapi sesuai pakai shawl atau tudung bawal (silang) yang labuh menutup dada. Tak semua orang sesuai pakai shawl atau tudung bawal (silang). Tetapi sesuai pakai tudung labuh berjahit tengah tutup punggung belakang. Sebab apa? Sebab tubuh badan setiap orang berbeza-beza. Kenal pasti badan kita, pilih dan ukur pakaian yang sesuai dengan tubuh badan. Ramai yang saya jumpa, bertudung labuh (berjahit tengah) atau khimar tetapi nampak susuk dada seperti gambar kartun. Perubahan badan ini berlaku bila berat badan kita naik, perubahan hormon ketika hamil dan bersalin. Walaupun tudung sudah labuh menutup dada tetapi ianya tidak termasuk dalam kategori menutup aurat dengan sempurna kerana masih ada kekurangan. Kenapa? Kerana nampak susuk dada. Ada pula tudung bawal dan shawl labuh yang digayakan tak menutup bahu walaupun labuh tutup dada. Tapi bila dilihat dari arah sisi, nampak lekuk dan susuk dada dengan jelas. Pun sama, belum tutup aurat dengan sempurna. Begitu juga dengan tudung / shawl dari material lycra dan satin silk sangat tidak sesuai dijadikan hijab kerana melekat pada tubuh sehingga menampakkan susuk tubuh badan. Syarat menutup aurat dengan sempurna (bagi perempuan) : 1) Seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan (pergelangan tangan ke hujung kuku) 2) Tebal dan tidak nipis sehingga menampakkan anggota badan yang sepatutnya ditutup. 3) Longgar, tidak ketat dan melekat sehingga menampakkan susuk tubuh badan. 4) Tidak berpakaian menyerupai agama lain. 5) Tidak berpakaian menyerupai lelaki. Walaupun ada demand dari customer tetapi kita sebagai pengeluar pakaian perlu berhati-hati sebelum keluarkan satu-satu pakaian supaya tidak berkongsi saham yang sama dengan yang memakainya. Jika tiada demand tetapi ada supply, takkan jadi urusniaga. Jika ada demand tetapi tiada supply, takkan jadi juga urusniaga. Bijaklah menguruskan akhirat di akhir zaman yang penuh dengan ujian ini. #AllahLebihTahu (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/25hprhqe WARDAHMEDIA4USat Dec 27 2025
Post a Comment
0 Comments