Grand Convention Jamaat-e-Islami Pakistan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jamaat-e-Islami Pakistan atas penganjuran Grand Convention yang penuh bermakna ini. Konvensyen ini bukan sahaja menjadi medan himpunan para pendukung perjuangan Islam, tetapi juga simbol kesungguhan Jamaat-e-Islami dalam memperkukuh agenda dakwah, kebajikan masyarakat, keadilan sosial dan pembangunan ummah di peringkat nasional serta antarabangsa. PAS menghargai hubungan persaudaraan yang sekian lama terjalin antara kedua-dua gerakan Islam ini. Kami percaya konvensyen besar ini akan terus membangkitkan semangat baharu dalam kalangan para pemuda, para pekerja NGO, para pendakwah dan semua lapisan masyarakat di Pakistan untuk bersama membina masa depan yang lebih adil, bermaruah dan sejahtera. Mewakili PAS, kami mendoakan agar Grand Convention ini berlangsung dengan jayanya dan menghasilkan resolusi serta iltizam yang membawa kebaikan kepada rakyat Pakistan dan seluruh dunia Islam. YB Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Hubungan Antarabangsa PAS Pusat ADUN Batu Buruk 2 Jamadil Akhir 1447 / 23 November 2025 (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/2a48wdlb WARDAHMEDIA4UMon Nov 24 2025
Post a Comment
0 Comments