Halloween bukan budaya kita. Bahkan bercanggah dengan pegangan agama. Halloween tetap 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 – walaupun: ❌ kita nampak orang Islam lain memakai kostum Halloween. ❌ Arab Saudi menyambut Halloween secara besar-besaran. ❌ niat sekadar suka-suka ikut tema makan malam pejabat bersama kawan-kawan. ❌ ia cuma teknik pemasaran dan bersifat komersial. Fatwa telah menetapkan Halloween haram disambut oleh umat Islam – walau sekadar untuk "suka-suka" atau "sekadar ikut trend." Sebagai orang Islam, kita mesti patuh kepada prinsip yang telah digariskan syariat untuk menjaga aqidah dan identiti kita sebagai Muslim. Rasulullah ﷺ telah menegaskan dalam sabdanya: "Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka" (HR Abu Dawud). Halloween berasal daripada ritual pagan yang bertentangan dengan nilai Islam. Sebagai Muslim, kita punya identiti tersendiri berpandukan suluhan hadis dan Al-Quran. Jangan mudah terpengaruh hanya kerana melihat orang lain menyambutnya atau kerana ada negara tertentu yang membenarkannya – larangan ini jelas demi kebaikan iman dan akhlak kita. Buat guru-guru dan ibu bapa, terangkan dengan kasih sayang kepada anak-anak tentang sebab Halloween tidak disambut. Pendekatan yang lembut akan lebih mudah diterima berbanding mengongkong secara paksa. Kepada sahabat dan keluarga, berilah peringatan dengan penuh hikmah. Tanda kita ambil berat terhadap mereka dan menunaikan amar makruf yang menjadi kewajipan kita. Semoga kita semua terus memilih jalan yang diredhai-Nya dengan penuh kesedaran. #BaktiDemiSelangor #SemarakSemenyih #Halloween2024(Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/2czxjcvr WARDAHMEDIA4UThu Oct 30 2025
Post a Comment
0 Comments