BAHAYA! Jangan Terbalikkan & Cuci Tong Gas Dengan Sabun! Jangan sesekali terbalikkan tong gas kerana tong gas direka untuk keluarkan wap, bukan cecair. Jika diterbalikkan, cecair LPG boleh keluar dan menyebabkan kebocoran atau letupan berbahaya. Lagi satu anda jangan cuci tong gas dengan sabun macam dalam gambar ni, sekadar lap bahagian luar yang kotor tu dah ok dah. Sabun boleh menghakis bahagian luar dan sebabkan karat. Air yang berlebihan juga boleh masuk ke bahagian injap dan rosakkan seal getah. Yang kita boleh check bocor dengan buih sabun tu cuma di bahagian injap dan kepala tong saja. Rajin itu bagus tapi biarlah kena dengan tempat dan situasi yang sepatutnya. #WardahMedia #WardahMediaKongsi #TongGas #TerbalikkanTongGas (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/22hrsu78 WARDAHMEDIA4USat Oct 25 2025
Post a Comment
0 Comments