Jangan bakar kotak telur untuk halau nyamuk. Kesannya sangat teruk pada orang yang menghidunya. Tadi pergi melawat sahabat yang terlantar di hospital sudah seminggu. Saya tanya sakit apa, katanya jangkitan dalam paru², tapi tidak pula saya menanya beriya sangat. Dia katakan penyakitnya berpunca dari sarang telur tu. Setiap petang dia membakar sarang telur tu untuk tujuan menghalau nyamuk. Mengakibatkan dia sakit dada dan doktor sendiri mengesahkan sarang telur itulah puncanya. Kuman masuk dalam paru-paru katanya. Bahaya pula kan ni sarang telur dibakar buat halau nyamuk. Nasib baik dapat info awal sebab saya pun suka bakar sebab banyak asap. 1. Menghasilkan Asap Beracun Kotak sarung telur diperbuat daripada bahan kitar semula yang mungkin mengandungi bahan kimia, gam industri, atau dakwat. Bila dibakar, ia mengeluarkan asap toksik yang mengandungi bahan pencemar seperti formaldehid dan karbon monoksida. Kandungan asap beracun: Karbon monoksida (CO) Partikel halus (PM2.5) Benzena Formaldehid Pendedahan berpanjangan boleh menyebabkan: Batuk kronik Asma bertambah teruk Bronkitis Jangkitan paru-paru Risiko penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) 2. Merosakkan Paru-Paru Asap ini boleh menyebabkan: Sesak nafas Batuk kronik Jangkitan paru-paru Risiko tinggi penyakit paru-paru kronik (COPD) dan kanser paru-paru jika terdedah dalam jangka masa panjang. 3. Merosakkan Kesihatan Kanak-Kanak & Warga Emas Golongan ini lebih sensitif terhadap pencemaran udara — boleh menyebabkan asma menjadi lebih teruk. Kanak-kanak dan orang tua lebih terdedah kepada kesan buruk kerana sistem imun mereka lebih lemah. Risiko: Nafas pendek Keradangan paru-paru Pembentukan tisu parut dalam paru-paru Kredit: Aizat Azizi Sarawak (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/27rnrun6 WARDAHMEDIA4UWed Jul 02 2025
Post a Comment
0 Comments