💞3 Tips Asas Mendidik Anak Kecil Perempuan Bertudung💞 1. Niat Ibubapa: Ibubapa hendaklah terlebih dahulu berniat untuk mendidik anak perempuannya menutup aurat kerana Allah S.W.T. Kerana perintaNYA bukan sebab musabab lain. Insyaallah Allah permudahkan. 2. Ibu atau saudara perempuan tunjuk tauladan: Ibu atau saudara perempuan (makcik, opah, kakak) perlu tunjukkan tauladan yang baik. Bagaimana cara menutup aurat yang betul setiap kali keluar rumah. Apa yang biasa dilihat akan menjadi kebiasaan si anak. Usah galakan si anak menonton atau meminati kartun atau watak yang seksi dan tidak menutup aurat. Kini sudah banyak siri kartun yang lebih islamik dan wataknya sopan serta menutup aurat. Ini semua akan pengaruh si anak. Maka awasi apa yang anak tonton dan lihat! 3. Lakukan step – by – step: Belikan tudung yang comei designnya. Sesuai dengan jiwa si anak. Biasakan si anak memakai tudung seawal usia. Usahlah meletakkan target terlampau tinggi. Jika anak baru belajar memakai tudung, mungkin si anak hanya tahan selama 1/2 jam saja. Jika dia mahu membuka kerana panas atau rimas, usah ugut atau marahnya. Terus berikan kata-kata positif. Tidak mengapa! Hargai usahanya. Puji si anak.Terus menambat hati si anak untuk menutup aurat. Biasakan si anak berpakaian sopan sejak kecil. Bukan berpakaian yang seksi atau tidak sempurna, walaupun anak masih kecil. Saya percaya, jika si anak sudah biasa berpakaian sopan, proses mendidik memakai tudung lebih mudah. Ceritakan juga MENGAPA kita sebagai perempuan kena menutup aurat dan memakai tudung. Biar si anak faham. Jangan jemu bercerita dan bercerita. dan …………………………………. Jangan terkejut jika suatu hari, anak perempuan anda ini bertanya: " Mana tudung saya?" apabila mahu keluar rumah! Masyaallah! (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/yl8up2vr WARDAHMEDIA4USat Jul 12 2025