Papan Tanda Larang LGBT Di Terengganu Bukan Kebencian – Tapi Amanah Allah," Tegas YB Dr. Muhammad Khalil KUALA TERENGGANU – Isu papan tanda larangan perlakuan homoseksual di sekitar kampus UMT yang dipasang oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tiba-tiba jadi perdebatan panas di media sosial. Ada yang dakwa papan tanda tu "semai kebencian" dan "diskriminasi". Tapi bagi Kerajaan Negeri Terengganu, ia sebenarnya tanda cinta – bukan benci. Tanda sayang supaya masyarakat tak hanyut dalam perbuatan yang bertentangan dengan fitrah manusia. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, YB Ustaz Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, papan tanda tu bukan benda baru atau direka sesuka hati. Ia adalah sebahagian amar makruf nahi mungkar, prinsip besar dalam Islam yang disuruh oleh Allah. Beliau tegaskan, larangan terhadap homoseksual dah disebut jelas dalam Al-Quran – termasuk kisah kaum Nabi Lut a.s. yang dihancurkan kerana perbuatan songsang. "Ini bukan soal benci golongan tertentu, tapi benci perbuatan yang Allah larang. Kita nak selamatkan manusia, bukan nak hukum sembarangan," jelas beliau. Beliau juga pesan supaya masyarakat tengok isu ni dari kacamata dakwah dan kasih sayang, bukan politik atau emosi. Apa yang dibuat MBKT sebenarnya seiring dengan dasar Kerajaan Negeri yang memartabatkan Syariat Islam dalam semua aspek kehidupan. "Negeri Terengganu akan terus laksanakan pendidikan dan pencegahan untuk bina masyarakat yang diberkati. Bukan untuk menghukum, tapi membimbing," kata beliau lagi. https://www.facebook.com/share/p/16dw98CdN8/ (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/25gv9awo WARDAHMEDIA4USat May 10 2025