Walid balik!walid balik! Cepat menyorok.Maka anak-anak ini akan berkejaran menyorok di belakang pintu apabila mendengar motor atau kereta walid balik dari mengajar ataupun dari masjid dan surau. Hampir setiap kali waktu solat terutama selepas waktu Isyak biasanya ustaz pulang ke rumah anak-anak akan cepat-cepat menyorok. Bila ustaz muncul mereka akan beramai ramai jerit.. "I LOVE YOU...!!"sambil berlari mendapatkan walid mereka. Yang anak- anak lelaki biasanya akan memanjat belakang walid untuk didukung. Inilah antara "RUTIN" mereka. Benar walid seorang yang sibuk siangnya mengajar di sekolah manakala hampir setiap malam mengajar kuliah di masjid dan surau.Walaupun begitu,ustaz tetap akan manfaatkan masa yang ada bila pulang ke rumah.Setiap kali pulang ke rumah,ustaz selalu akan bermanis muka sehingga tidak tergambarpun beban kerja yang dipikul. Jika pulang ke rumah,ustaz lihat saya terkadang "tidak sempat memasak" kadang kadang ustaz akan terus ke dapur untuk tolong apa yang perlu.Tidak pernah sekalipun merungut..Begitulah peribadi almarhum ustaz kepada kami.. Antara "we time" yang selalu ustaz bina antara dirinya dan anak -anak adalah almarhum ustaz akan menyuapkan anak-anak termasuk saya sendiri dan sambil itu anak-anak akan bercerita kisah masing-masing di sekolah. Ini cara ustaz memanfaatkan masa yang ada untuk kami. ===================== Alhamdulillah usai jenazah almarhum ustaz dimandikan dan dikafankan ,anak-anak masuk ke bilik mandi jenazah dan melihat walidnya. Terus saya beritahu pada anak anak, "Walid dah takde ya..walid dah meninggal.. Kepada anak lelaki kami yang sulung 7yo saya berpesan:" Ibrahim, sekarang walid dah takde.Ibrahim kena jadi 'ketua keluarga' Ibrahim kena 'jaga' ummi dan adik beradik (kakak-kakak yang lain).. Sungguh yang anak lelaki nampak lebih tenang manakala anak anak perempuan nampak terus mengalirkan air mata. Mujurlah sepanjang didikan walid selalu juga sebutkan pada anak anak tentang kematian..jadi alhamdulillah anak -anak lebih bersedia ketika melihat jenazah walid di hadapan mereka. ======================= Pernah ada yang bertanya pada saya ada tak ustaz ni "marah-marah" anak-anak?Sejujurnya ustaz memang susah marah..Kalau adapun yang saya perasan sekiranya ada situasi yang perlu untuk ustaz marah,ustaz akan mendahului dengan membaca ayatul kursi..sungguh ustaz akan ulang ayatul kursi berulang kali. Jika perlu dirotan anak untuk dididik berkaitan solat dan mengaji alQuran,selalunya rotan itu akan diberi pada saya sebagai "pass baton" . Begitulah antara peribadi almarhum ustaz pada kami ahli keluarganya cuba mencontohi akhlak baginda Rasulullah Sallallhu'alaihiwasallam.Benarlah seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam.: "Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang paling baik di kalangan ahli keluarganya.Dan aku(Rasulullah) adalah paling baik pada keluargaku". ================== Antara perkara penting yang ingin saya gariskan di sini sentiasalah berpesan tentang suatu perkara yang pasti kita semua akan rasai iaitu mati.Jangan disangka anak-anak masih kecil tidak memahami.Sekurang kurangnya jika kita dijemput ilahi,mereka akan cuba mengerti itulah ertinya mati. Saya berpesan pada diri saya dan semua sentiasa pastikan juga anak-anak mendapat didikan agama yang sempurna.Wajib sebagai ibu-bapa menyuruh anak-anak solat sekurang kurangnya ketika telah mencapai usia tujuh tahun seiring juga perintah berpuasa di bulan Ramadhan dan menutup aurat dengan sempurna. Jangan lupa juga cuba wujudkan suasana,ucapan tersendiri sebagai "bonding time" antara diri dan famili.Moga yang "RUTIN" itulah nanti akan menjadi kenangan yang tersemat di dalam hati.Wallahualam. Gambar di bawah adalah pesanan utk dirinya dan anak-anak untuk mengigatkan sentiasa membantu meringankan kerja-kerja di rumah. Moga Allah redha. #kematianyangindah #almarhumustazmuhamadaliffuddinabdrahim #tarbiyyahhatiresources Sumber : https://www.facebook.com/share/p/16FF64hCHL/ (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/2d3uym5l WARDAHMEDIA4UThu Apr 10 2025