Kalau anak awak degil, kasar, kurang adab, kurang hormat, susah dengar cakap… Jangan cepat salahkan dunia luar. Jangan terus tuding jari pada kawan-kawan anak, guru sekolah, gajet atau media sosial. Jangan terus hukum anak dengan rotan dan herdik. Kerana hakikatnya Anak itu adalah cerminan dalaman diri kita sendiri. Anak tak membesar dalam ruang kosong. Anak belajar daripada gelombang emosi, cara kita bercakap, cara kita melayan pasangan, dan getaran yang kita pancarkan tanpa sedar setiap hari. Kalau hati kita penuh tekanan… Kalau suara kita selalu meninggi… Kalau kita cepat marah, suka menghukum dan tak mampu kendalikan emosi sendiri… Maka anak akan menyerap semua itu. Bukan melalui kata-kata kita, tapi melalui tenaga dan sikap kita. Dan kalau awak rasa marah bila dengar kenyataan ini… Jika hati awak rasa nak menolak, rasa nak bangkang, rasa nak lawan… Itu tandanya awak sedang bertuhankan ego. Sedang hati yang jujur dan tunduk pada Tuhan, akan terus mencari jalan memperbaiki diri… bukan mencari alasan menyelamatkan imej. Nak ubah anak? Ubah diri awak dulu. Anak-anak tak perlukan ibu ayah yang sempurna. Mereka perlukan ibu ayah yang sedang berjuang memperbaiki diri, yang mampu mengaku salah, dan berani berubah dari dalam. Kerana bila awak mula rawat hati… Anak pun akan ikut sembuh. Sebab mereka sedang hidup dalam pantulan jiwa awak. 🫀🥰 ————- Teknik berkesan melepaskan beban jiwa 👉🏻 https://t.me/tremalaysia/3 (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/2bnm83az WARDAHMEDIA4UMon Apr 14 2025
Post a Comment
0 Comments