"Kak, boleh tak saya nak pakai tudung pergi OT (dewan bedah)?" "Tak boleh, dik. Boleh pakai OT cap ni je." "Oh yeke… baik." Saya akur, lalu sarungkan saja OT cap itu. Kemudian tengok di luar bilik, ada doktor houseman lelaki. Saya cakap sekali lagi sambil lilit tudung di leher pula, "Kak, kalau saya lilit macam ni boleh? Nanti sampai sana, akak ambillah tudung saya." "Hmm. Tak pernah dibuat orang, dik. Nanti diorang kata apa pulak." Kakak misi sekali lagi kelihatan berfikir, "Eh kau, boleh ke dia pakai macam ni? Nanti sampai OT kau ambil tudung dia." "Hmm, bolehlah." Saya lega. Negosiasi menjadi nampaknya. "Alhamdulillah. Kalau macam tu, saya pakai terus jelah. Sampai sana nanti buka." Terus saya sarung semula tudung di luar OT cap yang sedia terpakai. "Tapi nanti lepas OT akak ambil saya, tolong bawa datang semula tudung ni ya," pesan saya lagi. Aduhai, banyak songeh betul patient seorang ini. Apa pun, lega apabila hajat saya diperkenan dan dipermudahkan oleh misi-misi. Saya naik ke atas troli dengan rasa penuh tenang dan syukur. Saat troli ditolak, terimbau kenangan yang sama semasa melahirkan Fatimah Azzahra secara emergency czer. Waktu itu mujur bersalin di hospital swasta. Di waktu tengah malam. Memang tak ada lelaki sepanjang perjalanan ke dewan OT. Sampai di sana, terus saya bercakap kepada staf bertugas, "Tolong jaga aurat saya ya." Alhamdulillah, meski tak dapat dijaga sempurna, namun sedikit sebanyak dapatlah dijaga semampunya. Berbalik kepada cerita pengalaman bersalin di hospital kerajaan kali ini, saya pun ditolaklah dengan memakai tudung sampai ke dewan OT. Rasa selamat daripada pandangan orang yang lalu-lalang. Selimut saya pastikan tutup seluruh badan, tangan dan kaki. Sampai sahaja di sana, saya disambut oleh staf nurse dan seorang doktor. Doktor yang melihat saya terus bertanya kepada staf yang bawa saya. "Patient nak pakai tudung ya? Nah bagi dia ni." Saya terus menyarung tudung OT yang berwarna pink yang dihulurkan. Rupanya wujud di situ. Ya, tudung OT sebenarnya wujud di kebanyakan hospital di Malaysia. Di hospital tempat saya bertugas sebagai houseman dulu pun ada. Masha-Allah, seronoknya! Lega-seleganya hati saya! Terima kasih Ya Allah, Kau pelihara auratku. Saya tulis ni dengan niat memberi kesedaran kepada sesiapa yang mungkin bakal masuk dewan OT suatu hari nanti, cubalah request untuk dapatkan tudung OT. Cubalah juga untuk jaga aurat semampu kita. Jangan jadikan alasan sakit sebagai greenlight untuk kita dedah aurat. Sumber: FB Nur Hanisah (Feed generated with FetchRSS)-https://tinyurl.com/2bn23u5z WARDAHMEDIA4UFri Mar 14 2025
Post a Comment
0 Comments